Celcom Tawar Internet Berkelajuan Tinggi Untuk Kediaman

PETALING JAYA: Celcom Axiata Bhd mengumumkan tawaran perkhidmatan Internet gentian berkelajuan tinggi, di samping perkhidmatan rangkaian tanpa wayar sedia adanya, di seluruh Malaysia.


Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, pelancaran perkhidmatan itu di seluruh negara bertujuan mewujudkan sambungan Internet berkelajuan tinggi melalui gentian serta teknologi tanpa wayar, bagi memperkasakan lagi gaya hidup digital masyarakat bandar dan luar bandar.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Idham Nawawi, berkata Celcom Home Fibre yakni perkhidmatan meshing kediaman berkelajuan tinggi yang memberi pelanggan pengalaman digital yang optimum di rumah mereka sendiri melalui teknologi gentian optik dan tanpa wayar yang begitu lancar.

“Oleh itu, liputan LTE kami dengan 9,000 menara pemancar yang menjangkau 94 peratus (%) populasi rangkaian di seluruh negara, dan melebihi 98% di beberapa negeri, akan mampu melengkapi perkhidmatan gentian optik yang terbaru ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Dengan menggunakan teknologi gentian optik, Celcom Home Fibre menawarkan pelanggan di seluruh negara, keupayaan Internet berkelajuan tinggi tanpa had sehingga 100Mbps dengan bayaran RM120 sebulan serta 30Mbps pada RM80 sebulan.
Perkhidmatan itu boleh didapati di semua cawangan Celcom Bluecube dan kedai bertauliah Celcom.
Sumber : 
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/08/591506/celcom-tawar-perkhidmatan-internet-berkelajuan-tinggi-untuk-kediaman

Belum ada Komentar untuk "Celcom Tawar Internet Berkelajuan Tinggi Untuk Kediaman"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel