Mou Kerjasama Ipg Dengan Universiti Tempatan
MoU KERJASAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU DENGAN UNIVERSITI TEMPATAN
Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Nota Kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan universiti dan agensi telah diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan, semalam.
Baca Juga
YBhg. Dato’ Kamel berkata “kerjasama antara IPG dengan universiti dan agensi luar merupakan wadah penting dalam usaha melahirkan bakal guru yang dapat mendepani setiap cabaran terutama dalam zaman Revolusi Industri 4.0."
"Justeru, usaha ini merupakan langkah permulaan kepada IPG untuk mengorak langkah bersama universiti dan agensi untuk membantu pelajar menerokai pelbagai bidang ilmu yang bersifat dinamik," kata beliau.
YBhg. Dato’ Amir Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia; YBhg. Dato’ Sulaiman Wak, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan); YBrs. doctor Rusmini Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia turut hadir.
Belum ada Komentar untuk "Mou Kerjasama Ipg Dengan Universiti Tempatan"
Posting Komentar