Padah Lempang Guru, Bapa Murid Didenda Rm950

AYER KEROH: Padah kerana melempang serta mengugut seorang guru, seorang bapa murid dikenakan hukuman denda RM950 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Penolong Pendaftar Kanan, Analia Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Saufie Suboh, 38, selepas tertuduh mengaku bersalah bagi dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengugut mangsa menggunakan senjata iaitu sebatang cota yang mengakibatkan ketakutan kepada Mohd Najib Mashkor, 38.
Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menampar muka mangsa sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bagi dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506/ 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Belum ada Komentar untuk "Padah Lempang Guru, Bapa Murid Didenda Rm950"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel