Seameo Fokus 7 Bidang Utama

Persidangan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) Fokus seven Bidang Utama


Persidangan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) Kali ke-50 memfokuskan tujuh bidang utama yang bakal dilaksanakan bagi tempoh mulai 2015 hingga 2035.

Antaranya Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidikan Vokasional, Latihan dan Teknikal, mempromosikan keharmonian dalam pendidikan tinggi dan penyelidikan, mengadaptasi kurikulum kurun ke-21, mengurangkan jurang perbezaan dalam kalangan murid dan memastikan daya tahan murid dalam menghadapi kecemasan.

YB MD Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dalam ucapan pembukaan berkata, tujuh bidang utama itu telah dicadangkan oleh semua menteri dan telah dan sedang dilaksanakan 26 buah pusat serantau di eleven negara anggota SEAMEO di Asia Tenggara.

"Pusat serantau ini mempunyai khidmat sokongan, teknikal dan perundingan, merancang kegiatan dan melaksanakan aktiviti yang diimplementasikan menerusi persidangan-persidangan SEAMEO.

"Apabila kita membuat persediaan untuk SEAMEO ke-50 ini, kita melihat kembali apa yang telah dilaksanakan dan bagaimana untuk kita memperbaiki kelemahan yang ada untuk masa depan pendidikan di rantau Asia Tenggara," katanya semasa merasmikan SEAMEO ke-50 Tahun 2019, hari ini.

Turut hadir, Prof MD Muhadjir Effendy, bekas Presiden SEAMEO merangkap Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republic of Indonesia dan MD Ethel Agnes P Valenzuela, Pengarah Sekretariat SEAMEO.

Dalam pada itu, MD Muhadjir berkata, pihaknya turut melihat peluang untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia khususnya dalam kegiatan latihan dan pertukaran pelajar.

Sumber Facebook KPM
 

Belum ada Komentar untuk "Seameo Fokus 7 Bidang Utama"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel