Alumni Sbp Boleh Bantu Melonjakkan Kecemerlangan Pendidikan
YB DR. MASZLEE: ALUMNI SBP BOLEH BANTU MELONJAKKAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
Kewujudan persatuan alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh menjadi platform perkongsian dan gerak kerja dalam membantu melonjakkan kecemerlangan SBP di pentas antarabangsa.
Baca Juga
"Usaha ini diharap mampu memberi manfaat kepada para murid, pendidik, komuniti dan semua pihak secara amnya," katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Perhimpunan Alumni Sekolah Berasrama Penuh 2019 di Bandar Baru Bangi.
Program itu merupakan usulan Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Malaysia (GPASBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pada majlis itu juga telah dilancarkan Tabung Dana B40 Gabungan bagi membantu meringankan beban kewangan anak-anak di SBP dari kalangan keluarga B40.
Sejumlah RM45,000.00 derma awal telah berjaya dikutip pada majlis itu.
Sumber
Belum ada Komentar untuk "Alumni Sbp Boleh Bantu Melonjakkan Kecemerlangan Pendidikan"
Posting Komentar