Nutp Gesa Kpm Beri Kenyataan Rasmi Informasi Peperiksaan Percubaan Tingkatan 3 Pt3

NUTP gesa kementerian beri pencerahan berhubung ujian tingkatan tiga



KUALA LUMPUR xiii Julai - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa Kementerian Pendidikan mengeluarkan satu kenyataan rasmi, surat pekeliling atau siaran kepada warga pendidik berhubung peperiksaan percubaan bagi murid tingkatan tiga.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock dalam kenyataan hari ini berkata, NUTP mendapati ada antara sekolah menengah yang mengadakan peperiksaan percubaan mengejar penarafan secara tidak formal di kalangan mereka sendiri dan situasi itu akan membebankan murid dan guru terlibat.

“Kita memohon agar satu kenyataan rasmi atau surat pekeliling berkaitan ini mampu dikeluarkan oleh kementerian agar guru-guru tidak keliru atau menjadi mangsa pengetua dan pentadbiran sekolah. Kebanyakan pengetua dan pentadbir sekolah memerlukan pemakluman secara hitam putih,” katanya.

Pada half dozen Julai lalu, NUTP telah memuat naik satu video dalam laman sosial Facebook berhubung pemakluman Ketua Penolong Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Rohesan Mohamad yang menyatakan dengan terperinci meminta semua pengetua dan pentadbir sekolah tidak mengadakan peperiksaan percubaan dan peperiksaan simpulan tahun bagi pelajar tingkatan tiga.

Baca selanjutnya di UtusanOnline

Belum ada Komentar untuk "Nutp Gesa Kpm Beri Kenyataan Rasmi Informasi Peperiksaan Percubaan Tingkatan 3 Pt3"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel