Sejarah Bendera Malaysia Jalur Gemilang

SEJARAH BENDERA MALAYSIA JALUR GEMILANG




Penciptaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diilhamkan melalui satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaaan pada Mei 1948. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dan telah melalui proses pemilihan serta pertimbangan. Pada fifteen Nov 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir.


Reka bentuk seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Encik Mohamed Bin Hamzah telah mendapatkan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950.

Walau bagaimana pun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih diganti dengan warna kuning bagi melambangkan warna diraja.

Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di hadapan Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur. Majlis pengibaran itu dihadiri oleh Sultan Selangor dan Menteri Besar bagi Negeri Perak,Terengganu, Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh Sir Henry Gurney iaitu Pesuruhjaya Tinggi British bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Jalur Gemilang yaitu bendera Malaysia yang mempunyai xiv jalur merah dan putih yang sama lebar bermula dengan jalur merah di bahagian atas dan berakhir dengan jalur putih di bahagian bawah. Jalur Bendera Malaysia melambangkan satu haluan yang lurus, hala tuju dan arah yang sama diikuti oleh rakyat negara ini dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara. Jalur Gemilang ini mewakili keanggotaan thirteen buah negeri manakala i jalur mewakili Kerajaan Persekutuan.

Gemilang pula bermaksud bercahaya jelas benderang dan cemerlang. Ia juga melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu serta boleh menaikkan imej negara di dalam dan di luar negara.


Belum ada Komentar untuk "Sejarah Bendera Malaysia Jalur Gemilang"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel