Ringkasan Kiprah Perkhidmatan Kewangan (W)
Senarai Ringkasan Tugas Perkhidmatan Kewangan di dalam Skim Perkhidmatan Gred W
1. Juruaudit
Bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara profesional, mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan laporan berkaitannya, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
2. Pegawai Kewangan
Bertanggungjawab menyelaras dan menyelenggara fungsi-fungsi mengenai urusan pembayaran gaji, elaun kerja lebih masa dan tuntutan panjar wang runcit pegawai/ kakitangan. Bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti kewangan agensi serta terlibat dalam penggubalan dasar kewangan, pelaburan, pengurusan kewangan, perakaunan dan perancangan keseluruhan bagi setiap proses kerja kewangan iaitu menguruskan perolehan dan pembayaran, mengawal peruntukan, meluluskan pemindahan imbuhan, meluluskan permohonan perbelanjaan, mengurus, mengawal dan memantau pelaburan, mengawal dan memantau pengeluaran cek dan panjar wang runcit, memantau pertanyaan audit dan mengawal harta dan inventori pejabat. Juga bertanggungjawab menyelaras pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan, Akaun dan Aliran Tunai serta menyelia dan mengaplikasi Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan Akta-Akta yang sedang berkuat kuasa dalam Pengurusan Kewangan dan Akaun.
3. Akauntan
Bertanggungjawab mereka bentuk, membangun dan melaksanakan sistem perakaunan kerajaan dengan baik. Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik. Memberi nasihat kepada pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.
4. Penguasa Kastam
Bertanggungjawab memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi sosial dan keselamatan negara.
5. Pegawai Penilaian
Bertanggungjawab menilai bagi pihak kerajaan persekutuan dan agensinya, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, badan-badan berkanun dan pertubuhan perbadanan di mana kerajaan atau kerajaan negeri mempunyai kepentingan dan juga untuk mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh menteri mengenai perkara-perkara berkaitan dengan penilaian harta tanah, pembangunan dan pengurusan harta tanah.
6. Penolong Penguasa Kastam
Bertanggungjawab memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.
7. Penolong Akauntan
Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.
8. Penolong Juruaudit
Bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara profesional, mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan laporan berkaitannya, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
9. Penolong Pegawai Penilaian
Bertanggungjawab kepada pihak kerajaan persekutuan dan agensinya mengenai perkara-perkara berkaitan dengan penilaian harta tanah, pembangunan dan pengurusan harta tanah.
10. Pembantu Juruaudit
Bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara profesional, mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan laporan berkaitannya, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
11. Pembantu Akauntan
Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.
12. Pembantu Tadbir (Kewangan)
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.
13. Pembantu Penguasa Kastam
Bertanggungjawab membantu memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.
14. Pembantu Penilaian
Bertanggungjawab mendapat isyarat dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapat kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap persoalan dinyatakan di atas.
Belum ada Komentar untuk "Ringkasan Kiprah Perkhidmatan Kewangan (W)"
Posting Komentar