795 Terima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Hari Keputeraan Agong
795 terima darjah kebesaran, pingat sempena Hari Keputeraan Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
KUALA LUMPUR - Seramai 795 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Daripada jumlah itu, 42 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Negara, pagi ini.
Tiga tokoh utama mendahului senarai penerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.
Mereka yaitu Ketua Hakim Negara Datuk Seri Utama Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Selain Darjah PMN, penganugerahan dikurnia kepada fifteen penerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’, xxx penerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan sembilan penerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD), yang masing-masing membawa gelaran Datuk.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/47082/BERITA/Nasional/795-terima-darjah-kebesaran-pingat-sempena-Hari-Keputeraan-Agong
Belum ada Komentar untuk "795 Terima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Hari Keputeraan Agong"
Posting Komentar