Jack Ma Letak Jawatan Alibaba Mahu Ke Bidang Pendidikan Semula

SHANGHAI - Pengasas dan pengerusi firma perdagangan elektronik terbesar, Alibaba Group Holding Ltd, Jack Ma, secara rasminya meletak jawatan hari ini.


Hasrat meninggalkan rangkaian syarikat e-dagang gergasi tersebut dizahirkan semenjak setahun lalu.
Daniel Zhang, akan menggantikan beliau sebagai pengerusi.

Beliau akan melengkapkan penggalnya dalam forum pengarah Alibaba susulan mesyuarat agung tahunan syarikat berkenaan pada 2020.

Ma melepaskan jawatan ketua eksekutif pada 2013.
Zhang, 46, memegang jawatan itu semenjak 2015 selepas berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi syarikat terbabit.

Ma sebelum ini dilaporkan mahu kembali ke bidang pendidikan sebaik sahaja meninggalkan Alibaba.


Baca selanjutnya : https://www.facebook.com/87363369882/posts/10157937158559883/

Belum ada Komentar untuk "Jack Ma Letak Jawatan Alibaba Mahu Ke Bidang Pendidikan Semula"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel